Monday, August 20, 2012

Solat Sunat Taubat

Perintah bertaubat, Firman Allah, ayat 8 surah At-tahrim:
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuhah (taubat yang sungguh-sungguh)."

Di dalam beberapa hadis, rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya selalu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Baginda sendiri tidak kurang 70 kali sehari beristigfar memohon ampun dan bertaubat. Kalimah istigfar yang selalu kita lafazkan ialah:

"Aku memohon ampun kepada Allah, Yang Maha Agung, Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup dan Kekal Abadi dan aku bertaubat kepada-Nya."

Selain daripada istigfar, bertaubat secara sungguh-sungguh hendaklah disertai dengan Solat Sunat Taubat dua rakaat. Tiada Kaifiat tertentu mengenai solat ini - lakukan seperti solat sunat biasa. Kebanyakan umat Islam mengerjakan solat ini pada waktu tengah malam, ketika Qiamul-Lail (sebelum solat sunat Tahajjud, Tasbih dan witir).

Lafaz dan niatnya ialah:
 (Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala)


Setelah selesai solat, ikutilah dengan beristigfar (seperti di atas), sebanyak 100 kali atau lebih dan akhiri dengan membaca doa berikut.


(Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami bertaubat kepada Allah, kami bertaubat kepada Allah,kami bertaubat kepada Allah; dan kami kembali kepada Allah; dan kami menyesal terhadap apa yang kami lakukan dan kami berazam bahawa kami tidak akan kembali berbuat dosa untuk selama-lamanya; dan kami terlepas daripada tiap-tiap agama yang menyalahi agama Islam. Dan Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan kami bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu Rasulullah. Kami telah redha bahawa Allah Tuhan kami, dan Islam sebagai agama kami; dan Penghulu kami Muhammad s.a.w itu Nabi dan Rasul. Ya Allah limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya sekalian. Kurniakanlah kepadanya kesejahteraan yang sempurna dan jadikanlah kepadanya penyayang dan pengasih terhadap kami dan orang-orang mukmin sekalian. Aamiin!)




Sumber : Panduan 40 ibadah





No comments:

Post a Comment