Sunday, August 12, 2012

Fadhilat Amalan Ayat Al-Kursi

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat amalan ayat Al-Kursi. Di antaranya ialah : 
  1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
     
  2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
     
  3. Sesiapa yang membacan Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
     
  4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali, insyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.
     
  5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
     
  6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi , insyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
Sebelum Ayat Al-Kursi diamalkan mengikut hajat masing-masing, elok solat sunat lebih dahulu, seperti solat sunat Hajat, Tahajjud, Tasbih atau sunat mutlak.

Ayat Al-Kursi (ayat 255 Surah Al-Baqarah)

Erti Ayat Al-Kursi

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya; yang mengetahui apa yang ada dihadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu padanya). Luasnya Kursi Allah ( ilmu-Nya dan Kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi, dan tidaklah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya (alam langit dan bumi). Dan Dia-lah yang Maha Tinggi (darjah kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar Kekuasaan-Nya).


Sumber : Panduan 40 Ibadah




No comments:

Post a Comment