Tuesday, January 8, 2013

Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menikmati hidup di tahun ni. Semoga lebih istiqamah dalam menjalankan ibadah seperti yang dituntut oleh Islam, Aamiin. Tahun ni juga, saya akan memulakan usaha jahit menjahit, yang tanpa saya sedari adalah anugerah bakat yang telah Allah berikan kepada saya. Atas dasar minat yang mendalam jugala saya sangat antusias untuk menjalankan usaha ni. Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Alhamdulillah juga di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya selesaikan kursus menjahit di Ratna School of Fashion di Surabaya, terima kasih buat suami tercinta kerana tanpa sokongan dan dukungan darinya saya tidak mungkin dapat menimba ilmu di sini. Bu Ratna, thanks for your kindness. Makasih banget karna bisa berbagi ilmu yang sangat bermanfaat. 

Sebenarnya, nak menaip masa awal tahun tu 1 januari 2013 tapi almaklum masa tu saya lagi ulangtahun jadi buat-buat sibukla padahal tak sibuk mana pun.. :) 

In shaa Allah, tahun ni saya akan berkongsi dengan beberapa hal tentang jahitan. Ni dah nak blur2 dan ni, tak tahu dah nak menaip apa..

Apapun, saya doakan semoga tahun ni akan lebih bermakna buat kita semua, lebih istiqamah dan lebih baik dari tahun kemarin. Semoga kita ditetapkan iman, berakhlakul karimah, cerdas, terampil, dan berdaya saing tinggi. :) 

wassalam


Me, Myself and I.. Just an Ordinary Person..


No comments:

Post a Comment